Penjanaan semula
Penjanaan semula

Penjanaan semula

Dalam bidang biologi, penjanaan semula merujuk kepada kebolehan organisma untuk membaharui dan membina semula tisu yang membolehkan induk-induk biologi untuk menahan perubahan-perubahan persekitaran yang boleh membahayakan organisma.[1] Setiap spesies berupaya untuk mengalami penjanaan semula, daripada bakteria sehingga manusia. [2][3] Penjanaan semula boleh berlaku secara lengkap (tisu baharu adalah sama dengan tisu asal)[4] atau tak lengkap (tisu mati mengalami fibrosis).[5]Penjanaan semula juga boleh melibatkan keseluruhan ekosistem di mana suatu kejadian yang memudaratkan ekosistem akan digantukan dengan spesies pelopor yang akan menakluki dan membina habitat baharu. Pertumbuhan baharu biji benih dan komuniti ini juga disebut sebagai "penjanaan semula" dalam bidang ekologi.